Carian

Tuesday, July 07, 2015

Jaga Bahasa Kamu !

Untul versi asal Bahasa Inggeris sila lawat di sini.

"Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik yang dibentuk oleh gabungan Bahasa Inggeris Lama dan Norse. Jika anda mahu bercakap tentang agama atau sains atau undang-undang atau perubatan anda mesti menggunakan ayat-ayat Latinate (dari Bahasa Perancis Lama atau Latin) dan juga beberapa perkataan Yunani. Bahasa Inggeris pada dasarnya ialah struktur badan yang kurus dan hampir tidak berfungsi (tulang, organ-organ asas dan otot) dengan penumbuhan yg terlalu cepat dan besar dan asas Latin dan perkataan Yunani, lebih daripada tiga kali ganda daripada saiz asal. Umpama seperti besar kepala ketam bijak yang bertenggek di atas orang bukit."

Petikan di atas adalah salah satu yang ditulis oleh seorang pengguna forum internet yang saya kerap lawati dan saya suka memikirkan tentang bahasa, yang seperti dalam banyak perkara lain di Malaysia sentiasa dipolitikkan oleh hampir setiap segmen dalam masyarakat.

Ada isu tentang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang saya percaya sekarang telah dibatalkan dan terdapat laungan untuk menegakkan Bahasa Kebangsaan (yang saya amat bersetuju walaupun ironinya saya menghantar artikel asal blog saya dalam bahasa Inggeris) .

Ada orang terutama dari kelas pertengahan atas ke kelas yang lebih atasan yang mungkin terfikir tanpa bersuara lantang bahawa kita harus menjadi lebih baik menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kepada Bahasa Inggeris. Mereka memberi contoh pelbagai sebab untuk menyokong tuntutan mereka seperti banyak sumber ilmu yang mudah diperolehi pada masa ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Photo credit: Google Images
Disatu pihak lagi, ada yang telah berkata bahawa Bahasa Inggeris, walaupun ia pasti penting, hanyalah satu alat komunikasi. Pergantungan kita kepada Bahasa Inggeris ialah kita sebagai satu masyarakat yang telah berkembang cuma untuk menjadi pengguna akhir, bukannya menjadi pencipta. Kita mencari ilmu, bukan mencipta dan mengembangkan ilmu. Kita tidak boleh mengatakan pada masa ini bahawa orang-orang di Jepun, Jerman dan Perancis sebagai contoh dan sibuk untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka kerana mereka adalah bangsa pencipta dan orang walaupun perlu belajar bahasa mereka untuk membangunkan lagi produk hasil rekacipta mereka.

Photo credit: Google Images
Walaupun saya mendapati tiapa yang salah dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak sekolah, terdapat dua senario yang mungkin boleh berlaku jika ianya diteruskan.

Pertama, pelajar mudah untuk mencari maklumat lanjut sendiri dari sumber-sumber luar (seperti internet) dan yang boleh membantu merangsang pemikiran mereka sendiri dan bukan apa yang hanya mempelajari apa yang diajar di dalam kelas. Selain pengetahuan dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris pada masa yang sama (saya tidak tahu sama ada pepatah membunuh 2 burung dengan 1 batu boleh digunakan untuk ini).

Senario kedua bagaimanapun, tanpa asas yang kukuh dalam bahasa Inggeris, pelajar ini mungkin ketinggalan kerana mereka tidak akan tahu apa yang sedang diajar. Terma-terma yang digunakan dalam mata pelajaran mungkin asing kepada mereka dan ini akan menyebabkan mereka hilang minat dalam mata pelajaran kerana mereka tidak boleh mengikutinya. Ini adalah kerana mereka perlu belajar dan menguasai Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum sebelum mempelajari mata pelajaran lain dalam bahasa Inggeris.

Photo credit: Google Images
Tidak ada apa yang salah sekalipun dalam mempelajari dan menguasai bahasa lain. Malah saya kesal kerana saya tidak belajar betul Bahasa Arab dan Perancis di sekolah semasa saya mempunyai peluang itu (Bahasa Arab adalah wajib manakala Perancis adalah pilihan). Malah, cendikiawan Islam sebelum ini sebenarnya belajar bahasa Yunani dan Latin untuk mengumpul semua pengetahuan awal sebelum menterjemahkannya ke Bahasa Arab dan kemudian diberkembangkan lagi ilmu pengetahuan, mencipta benda-benda baru dan mereka telah sumbangkan kepada kita apa yang sejarah kenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam pada masa Eropah pada ketika itu hidup dalam apa yang dikenali sebagai Zaman Gelap. Pada abad kesembilan, perpustakaan di Biara St Gall adalah yang terbesar di Eropah. Ia mengandungi 36 jilid buku. Pada masa yang sama, perpustakaan Cordoba (di bawah oemerintahan Umayyah Sepanyol) mengandungi lebih 500,000 jilid.

Photo credit: Google Images
Semasa zaman kebangkitan (Renaissance) orang Eropah menggunakan segala penemuan untuk memulakan revolusi saintifik mereka yang membawa kepada zaman Kesedaran (Enlightenment) dan seterusnya kepada zaman moden ini. Mereka telah menjumpai semula asal usul Graeco-Roman menerusi apa yang sebenarnya disimpan dan dibawa oleh cendikiawan Islam dan juga menterjemahkan teks bahasa Arab kepada bahasa mereka sendiri. Jadi seperti orang-orang Arab (termasuk Parsi dan ramai orang Islam yang lain pada masa itu) dan Eropah, kita tidak perlu malu untuk belajar dan menguasai bahasa lain.

Photo credit: Google Images
Namun kita tidak harus lupa kepada bahasa ibunda sendiri. Kita seharusnya tidak patut hanya sekadar menjadi pengguna akhir. Apabila kita menjadi pencipta, yang lain akan datang dan belajar kita pula. Lagipun, Bahasa Melayu bukan bahasa 'kecil'. Ia adalah satu bahasa (termasuk semua dialek) yang dituturkan oleh lebih daripada 150 juta orang diseluruh dunia. Walau bagaimanapun, untuk menjadi pencipta kita perlu belajar satu bahasa baru, bahasa yang boleh menghantar manusia ke bulan dan angkasa lepas.

Kita semua perlu belajar bahasa Java ! 


Photo credit: Google Images



Penafian: Semua imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan penulis blog ini tidak menuntut apa-apa hak cipta untuk imej yang diterbitkan dan dia hanya menggunakan imej yang didapati umum di internet ( kecuali dinyatakan ) . Pengarang blog juga ingin menyatakan bahawa semua pendapatdipaparkan di blog ini adalah semata-mata dari beliau sendiri beliau dan tidak dibayar oleh mana-mana parti politik.

No comments:

Post a Comment