Carian

Tuesday, June 30, 2015

Diktator Diperlukan

Untuk Versi asal dalam Bahasa Inggeris sila tuju ke sini.

Saya perlu mengaku bahawa apabila saya mula-mula mendengar perkataan 'diktator' satu-satunya maklumat dan imej yang saya terbayangkan adalah bahawa ia adalah sesuatu perkataan yang buruk . Gambaran tentang Mussolini, Hitler, Stalin, Mao, Saddam dan Gaddafi antara lain adalah antara yang masuk ke dalam pemikiran saya apabila mendengar perkataan itu. Perkataan yang menggambarkan imej seorang pemimpin yang amat berkuasa di negaranya dan biasanya mereka ini telah mendapat kuasa dengan kekerasan, yang sinonim dengan autocrat, kezaliman, kekejaman serta semua lagi imej negatif tentang cara bagaimana mereka memerintah negara, sekurang-kurangnya bagaimana yang rakyat mereka alami.

Di dalam negara ini, kita pernah mendengar bahawa mendiang Lee Kwan Yew di Singapura pernah dipanggil diktator juga dan untuk beberapa kalinya, Tun Mahathir sendiri semasa kepimpinannya pernah dipanggil diktator semasa menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Photo credit: Google Images
Saya telah diperkenalkan dengan asal-usul perkataan ini sebenarnya dari bermain permainan komputer. Rome Total War (yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan asalnya diterbitkan oleh Activision) adalah salah satu permainan yang mencetuskan minat saya lebih mendalam dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah purba terutamanya semasa era Republik Rom dan juga yang telah memperkenalkan saya kepada diktator seperti Sulla dan salah seorang bangsa Rom yang paling terkenal (yang Saya pasti semua orang pernah mendengar) iaitu Julius Caesar dan telah belajar bahawa penggunaan fungsi Diktator itu sendiri oleh Senat Rom adalah pada dalam keadaan kecemasan.

Mengikut undang-undang, Republik Rom diperintah oleh dua Konsul dilantik setiap tahun dengan setiap seorang memegang imperium Konsul (perkataan Latin yang bermaksud 'kuasa untuk memerintah') angkatan tentera Rom di berselang setiap bulan. Jika berlaku kecemasan yang melampau, seperti Konsul sendiri tidak mampu menjadi pemerintah tentera yang baik dan dalam banyak kes, konsul sendiri terbunuh dalam pertempuran maka Senat akan meluluskan Senatus Consultum (Perintah Senat) oleh Konsul yang sedia ada atau yang baru dilantik untuk menamakan seorang Diktator yang memegang kuasa yang luar biasa. Jawatan Diktator itu sendiri asalnya ditetapkan untuk 6 bulan dan hanya diperbaharui mengikut keperluan semasa.

Antara diktator terkenal pada zaman Rom kuno adalah Quintus Fabius Maximus yang telah dilantik diktator selepas dua tentera konsular telah dikalahkan oleh Hannibal (dari Carthage) semasa pencerobohannya ke Itali dan walaupun selepas tempoh telah berakhir beliau sekali lagi dilantak selepas Hannibal sekali lagi menewaskan lebih besar tentera Rom di Pertempuran terkenal di Cannae.

Photo credit: Google Images
Lain-lain diktator Rom yang terkenal adalah Lucius Quinctius Cincinnatus yang dilantik sebagai diktator dua kali dan telah dianggap sebagai model kekuasaan dan kesederhanaan bangsa Rom. Fakta menarik tentang Cincinatus ialah beliau memegang kuasa yang paling agung buat kali pertama selama dua minggu, di mana beliau meletakkan jawatannya selepas beliau menyempurnakan tugasnya mengalahkan musuh-musuh Rom.

Peletakan jawatan beliau pada masa memiliki kuasa hampir mutlak apabili krisis berakhir sering dikatakan sebagai contoh kepimpinan cemerlang, perkhidmatan kepada lebih baik, menurut sivik, tanpa cita-cita peribadi dan penuh kehormatan ~ Wikipedia

Cincinnatus juga telah dicalonkan buat kali kedua walaupun beliau sudah bersara dan bekerja di ladang untuk menghalan konspirasi dan pemberontakan di Rom dan seperti kali pertama, beliau meletakkan jawatan serta-merta selepas krisis ini telah berakhir.

Semasa hayatnya Cincinnatus menjadi legenda kepada orang-orang Rom. Dua kali diberi kuasa tertinggi, beliau memegang kuasa mutlak tidah lebih dari seharipun daripada yang benar-benar perlu. Seorang yang dipandang tinggi di mana beliau telah diceritakan oleh rakan senegara beliau yang menggambarkan dengan anekdot pada akhir hidupnya: Salah seorang daripada naknya telah dituduh menjalankan tugas ketenteraan dengan tidak cekap. Capitolinus (sahabatnya seorang peguam) telah mempertahankannya dengan meminta juri supaya pergi untuk memberitahu Cincinnatus yang telah berusia berita buruk sekiranya anaknya disabitkan dengan kesalahan. Anaknya telah dibebaskan kerana para juri tidak sanggup untuk melukakan hati Cincinatus. ~ Wikipedia

Photo credit: Google Images
Semakin saya membaca tentang para wira- diktator purba, semakin kuat perasaan saya bahawa diktator adalah apa yang Malaysia perlu pada masa ini. Dengan semua isu-isu kerajaan mengenai 1MDB , ketidakpercayaan terhadap Perdana Menteri, perselisihan dalaman dengan pakatan pembangkang, ia seolah-olah bagi saya bahawa hanya seorang pemimpin yang kuat yang mampu dan telah pernah malakukannnya  yang boleh datang dan membawa kita keluar dari keadaan huru-hara ini dan kemudiannya meletakkan jawatan apabila segala krisis ini berakhir.

Photo credit: Google Images
Tidak, saya tidak menyokong pemberontakan atau revolusi apa jua sekalipun (jadi jangan dakwa saya di bawah Akta Hasutan) dan hanya mencadangkan bahawa apa yang boleh dibuat. Bagaimana jika Tun Mahathir atau Tun Abdullah sekali lagi menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebagai langkah sementara? Kedua-dua negarawan ini tahu bagaimana untuk memerintah dan juga pernah melepaskan pucuk pimpinan bila tiba masanya.

Photo credit: Google Images
Saya pasti jika kedua-dua bekas negarawan kita boleh membantu sekali lagi untuk menyelamatkan negara pada masa-masa kesusahan, 50 tahun dari sekarang generasi akan datang kita tidak perlu kembali kepada lebih daripada 2000 tahun yang lalu untuk belajar bahawa perkataan diktator itu tidak selalu bermakna ia adalah perkataan yang tidak baik.


Penafian: Semua imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan penulis blog ini tidak menuntut apa-apa hak cipta untuk imej yang diterbitkan dan dia hanya menggunakan imej yang didapati umum di internet ( kecuali dinyatakan ) . Pengarang blog juga ingin menyatakan bahawa semua pendapatdipaparkan di blog ini adalah semata-mata dari beliau sendiri beliau dan tidak dibayar oleh mana-mana parti politik.

No comments:

Post a Comment